Saturday, February 20, 2016

BENGKEL SADAQAH HOUSE 2016



Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) akan mengadakan Bengkel Sadaqah House 2016 yang akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh   : 9 Mac 2016
  Masa    : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat  : Hotel Suria City, Johor Bahru, Johor Darul Takzim 

Idea untuk mewujudkan Sadaqah House telah dicadangkan oleh Dato Dr. Abdul Halim Ismail, pemenang Anugerah Diraja Kewangan Islam 2014 melalui ucapan beliau di dalam Forum Kewangan Islam Global 2014. Sadaqah House merupakan sebuah institusi pengurusan dana sedekah. Sehingga hari ini, penginstitusian sedekah masih belum dibangunkan secara formal sedangkan sedekah merupakan satu konsep yang sangat digalakkan untuk diamalkan oleh Islam. 

Oleh itu, Bengkel Sadaqah House 2016 ini diadakan bagi mengetahui pandangan para sarjana akademik dan pakar pengamal industri kewangan berkenaan konsep, model, sandaran fiqah (al-takyif al-fiqhῑ) dan aspek keuntungan daripada dana Sadaqah House.

Untuk mengetahui maklumat lanjuberkenaan Bengkel ini sila klik BENGKEL SADAQAH HOUSE 2016.


Kami sangat mengalu-alukan kehadiran YBhg. YAB Tan Sri/ Puan Sri/ Prof./ Datuk/ Dato’/Datin/ Dr/ Tuan/ Puan untuk menyertai BENGKEL SADAQAH HOUSE 2016.

Monday, February 15, 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

Jabatan Muamalat, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah mengadakan program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur pada 11 -13 Oktober 2015. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar Jabatan Muamalat kepada suasana bekerja dalam industri. 

Program ini disertai oleh 11 orang peserta di mana enam orang daripadana terdiri daripada para pensarah, seorang staf dan enam orang pelajar.

Berikut adalah senarai tempat lawatan sepanjang 3 hari:-


  1. Temu bual bersama Dr. Hakimah Yaacob di Prima Sri Gombak, Selangor
  2. Muzium Kesenian Islam Malaysia
  3. Gallery Art Museum, Bank Negara Malaysia
  4. International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
  5. Center for Education in Islamic Finance (INCEIF)
  6. Hong Leong Islamic Bank
  7. Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM)

Temu bual bersama Dr. Hakimah Yaacob di Prima Sri Gombak, Selangor
Dr. Hakimah Yaacob merupakan Felo di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. 
Lawatan di Gallery Art Museum, Bank Negara Malaysia.
Para peser
ta bergambar di replika bilik gabenor.



Para peserta berpeluang bergambar bersama Dato' Mohd Nor bin Mashor, Penolong Kanan Gabenor BNM.
Lawatan di ISRA dan INCEIF


Salam Nuzul Al-Qur'an 1443H/2022M

Salam Nuzul Al-Qur'an. May your days filled with barakah and blessings.