Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) akan mengadakan Bengkel Sadaqah House 2016 yang akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 9 Mac 2016
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Hotel Suria City, Johor Bahru, Johor Darul
Takzim
Idea untuk
mewujudkan Sadaqah House telah dicadangkan oleh Dato Dr. Abdul Halim
Ismail, pemenang Anugerah Diraja Kewangan Islam 2014 melalui ucapan beliau di
dalam Forum Kewangan Islam Global 2014. Sadaqah House merupakan sebuah
institusi pengurusan dana sedekah. Sehingga hari ini, penginstitusian sedekah
masih belum dibangunkan secara formal sedangkan sedekah merupakan
satu konsep yang sangat digalakkan untuk diamalkan oleh Islam.
Oleh itu, Bengkel Sadaqah House 2016 ini diadakan bagi mengetahui pandangan para sarjana
akademik dan pakar pengamal industri kewangan berkenaan konsep, model, sandaran
fiqah (al-takyif al-fiqhῑ) dan aspek keuntungan daripada dana Sadaqah
House.
Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Bengkel ini sila klik BENGKEL SADAQAH HOUSE 2016.
Kami sangat mengalu-alukan kehadiran YBhg. YAB Tan Sri/ Puan Sri/ Prof./ Datuk/
Dato’/Datin/ Dr/ Tuan/ Puan untuk menyertai BENGKEL SADAQAH HOUSE 2016.