VISI, MISI, MATLAMAT, FALSAFAH, MOTTO DAN OBJEKTIF
Visi Kolej
“Menjadi pusat pengajian tinggi Islam yang profesional dan diiktiraf pada peringkat antarabangsa”.
Misi Kolej
“Melahirkan ilmuwan Muslim dalam mengembangkan dakwah Islamiah untuk kecemerlangan ummah”
Matlamat Kolej
“Melahirkan insan berilmu, berakhlak dan kerkemahiran melalui dasar pendidikan bersepadu berteraskan wahyu bagi kesejahteraan sejagat”
Falsafah Kolej
“Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan sumber ilmu kepada manusia demi kesejahteraan sejagat”
Motto Kolej
“Inovasi Ilmu Menjana Insan Bertakwa”
Objektif Kolej
i. Meninggikan tahap pencapaian pendidikan dan pelajaran agama di Negeri Johor dalam usaha membudayakan penghayatan ilmu melalui Al-Qur’an dan Al-Sunnah
ii. Mengeluarkan pelajar yang berketerampilan dan berkemampuan dalam bidang ilmiah selaras dengan kehendak pembangunan masyarakat yang seimbang dengan nilai-nilai iman dan akhlaq mulia
iii. Mengeluarkan ahli cerdik pandai Islam yang berkemampuan dalam menangani permasalahan ummah dan cabaran-cabaran masa kini
iv. Menjalin hubungan kebudayaan dan ilmiah dengan institusi-institusi Pengajian Islam dan Bahasa Arab dalam usaha memelihara warisan penilaian Islam demi kemajuan agama, bangsa dan negara
v. Menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang ilmu Islam dan menyebarluaskannya
vi. Memberi khidmat perundingan dan khidmat masyarakat dalam berbagai bidang perundangan Islam bagi menghayati Islam sebagai al-din
vii. Mempelopori pelbagai kaedah bagi meningkatkan penyebaran kefahaman mengenai Islam dengan menerbitkan berbagai bahan ilmiah di samping menjadi sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kefahaman Islam
Visi Sekolah Muamalat dan Pengurusan
Menjadi pusat pengajian tinggi dan penyelidikan ekonomi Islam yang cemerlang di peringkat glokal
Misi Sekolah Muamalat dan Pengurusan
Melahirkan intelektual ekonomi Islam untuk kecemerlangan ummah